Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan
Selasa, 04 Maret 2014
VIDEO WARTAWAN…Kami Pun Ada Perasaanlah!

TATKALA melihat video yang dipaparkan sebuah portal tentang tindakan seorang pak menteri yang agak ‘berang’ dan enggan melayan soalan media propembangkang, penulis teringat pengalaman lepas melihat kawan-kawan dari media arus perdana dihentam teruk di majlis-majlis anjuran pembangkang.
Senario dan caranya mungkin berbeza tapi persoalannya di mana kebebasan media yang dicanang selama ini?
Sebagai pengamal media, penulis merasa malu melihat mereka yang berstatus pemimpin tetapi menggunakan pendekatan seumpama ini untuk menangkis soalan wartawan yang sedang menjalankan tugas.
Wartawan-wartawan yang sedang mencari rezeki ini digelar ‘kaki pusing’, ‘perkakas Umno’ dan macam-macam lagi bergantung di mana agensi berita mereka bekerja.
Tidak dinafikan, sesetengah media tertakluk kepada “boss” atau tempat mereka makan gaji dalam mengtinjauankan berita mereka atau berhadapan dengan situasi penat sahaja tulis berita tetapi akhirnya, tak disiarkan!
Tetapi di Sinar Harian, Insya-ALLAH, penulis bukanlah lama sangat bekerja di sini, namun inilah mediumnya di mana kerajaan, pembangkang dan rakyat diberi ruang seadil-adilnya untuk berekspresi, pada hemat penulis.
Atas dasar itu, penulis rasa ada keberanian untuk mengkritik mentaliti sesetengah pemimpin parti politik di negara ini, yang ada ketikanya langsung tidak mahu memberikan kerjasama kepada wartawan yang sedang bertugas.
Pada fikiran penulis yang masih mentah ini, orang yang ditanya punya pilihan untuk “langsung tidak menjawab” daripada bertindak memperkecilkan mereka yang bertanya atau menjadikannya “bahan” jenaka dalam sesebuah acara.
Tidak manis langsung rasanya, mereka yang terkenal dengan ketinggian peribadi tetapi kalah dan latah dengan soalan wartawan – hanya orang biasa berbanding mereka.
Tetapi apabila wartawan ini datangnya daripada agensi yang membawa keuntungan kepada mereka, wartawan-wartawan ini dilayan bagaikan raja.
Dari jauh mereka sudah senyum kalau selalu “cover” mereka.
Entah mengapa apabila melihat video Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terdetik dalam hati penulis untuk berkongsi sekelumit pengalaman dan harapan tentang kehidupan kami sebagai wartawan.
Dalam kes ini, bukan penulis mahu bela Zahid Hamidi atau memperlekehkan wartawan Malaysiakini, yang sama bidang tugasnya seperti penulis, – tetapi, inilah yang orang kata “bila buku bertemu ruas”.
“Buku bertemu ruas” yang penulis guna ini dalam konteks, bagaimana selama ini melihat media-media seperti Utusan Malaysia, TV3 berhadapan situasi sama, dihentam teruk di sidang-sidang media anjuran pembangkang.
Penulis pilih dua media ini kerana pada hemat penulis, memang berat membawa nama syarikat ini apabila ke majlis-majlis anjuran pembangkang.
Macam-macam boleh berlaku.
Dialog Zahid Hamidi “you always spin… u bagus tapi u punya boss u tak bagus…” bukanlah dialog janggal atau asing.
Bukan penulis tidak pernah mendengar wartawan Utusan Malaysia, TV3 “dikenakan” lebih teruk daripada itu.
Sekali lagi, bukan niat mahu bela wartawan Utusan Malaysia atau TV3, – yang penulis akui kehadiran mereka di sidang-sidang media pembangkang untuk mencari kesilapan pemimpin ini atau membawa jerangkap samar, tetapi tidak wajarlah mereka diaibkan di hadapan rakan-rakan media yang lain.
Saya faham rasanya, bila soalan yang kita ajukan tiba-tiba dijawab dengan kata-kata sinis atau soalan kita dibalas dengan kenyataan berbaur ancaman.
Penulis juga pernah berhadapan dengan situasi ini dan melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana rakan-rakan media lain dihidangkan dengan layanan seumpama ini.
Rasanya ramai rakan media di luar sana “alah biasa tegal biasa” dengan situasi ini.
Dulu popular seketika petikan kenyataan pemimpin “u ulang I saman u” yang bunyinya seolah-olah berbentuk amaran kepada pengamal media.
Macam-macam lagi sebenarnya layanan yang kami pihak media terima daripada pemimpin masyarakat, orang kenamaan, ilmuan agama dan banyak lagi. Katakan sahaja siapa… yang lebih lama dalam bidang ini, tentu pelbagai ragam manusia dilayaninya.
Apa yang penulis suarakan ini, hanya sebahagian kecil cabaran kami sebagai wartawan politik yang menjalankan tugas mencari berita untuk santapan pembaca budiman yang akhirnya membuat penilaian menerusi paparan kami.
Akhir kalam, kepada mereka yang terbabit, renung dalam-dalam bahawa kami wartawan juga manusia biasa… yang mahu dilayan baik walau kita bukan kawan atau lawan. – Sinar Harian
Kamis, 20 Februari 2014
VIDEO Guru Nursery Belasah Anak Jagaannya Hingga Retak Tulang Kering!
SEORANG guru pusat jagaan kanak-kanak yang didakwa mendera seorang budak Melayu hingga tulang keringnya retak di Singapura diberkas polis semalam.
Guru sambilan wanita berusia 51 tahun itu bekerja di pusat jagaan kanak-kanak My First Skool di Blok 192 Toa Payoh Lorong 4.
Video kanak-kanak yang bakal menyambut ulang tahun ketiganya 30 Julai didera itu tersebar di Facebook dan cetuskan kemarahan ramai.
Video rakaman CCTV itu yang dimuat naik ibu bapa mangsa menunjukkan seorang wanita memakai tudung menarik tangan budak itu meskipun dia dilihat berjalan terincut-incut.
Sebelum itu, beliau dilihat mengheretnya ke satu sudut dan kelihatan seperti memaksa budak itu duduk serta menampar mukanya dalam kejadian Jumaat lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NTUC First Campus, yang mengendalikan My First Skool, Chan Tee Seng, meminta maaf atas kejadian itu.
Katanya, pihaknya akan menghulurkan segala bantuan diperlukan mangsa dan ibu bapanya, termasuk membiayai semua kos perubatan.
“Kelakuan guru itu tidak boleh diterima dan saya bersimpati pada budak itu dan ibu bapanya. Saya sendiri akan memastikan siasatan ini dapat diselesaikan dengan adil dan cepat,” katanya.
Pemangku Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Chan Chun Sing, berkata pemerintah memandang serius terhadap kes itu dan akan menyiasat dari segi latihan guru, penyeliaan dan pengurusan kejadian.
Hasil siasatan akan dikongsi dengan pengendali pusat jagaan kanak-kanak yang lain.
Ketua pegawai sumber manusia NTUC First Campus, Cik Geraldine Lee, berkata guru terbabit mempunyai kelayakan diploma dan menyertai My First Skool pada 2009 tetapi pihaknya tidak pernah menerima aduan berkenaan beliau.
Ibu bapa mangsa pula meminta anak mereka dipindahkan ke pusat jagaan kanak-kanak My First Skool yang lain.
Ketika dihubungi semalam, bapa mangsa berkata anaknya kerap menangis dan merengek semasa beliau hendak menyiapkannya ke pusat jagaan kanak-kanak itu setiap pagi sejak dua minggu selepas dia menyertai My First Skool di Toa Payoh pada Mac lalu.
“Mulanya saya tak sedar. Dia belum pandai cakap sangat dan saya ingatkan dia nak bersama saya di rumah.
“Sekarang baru saya tahu kenapa dia tak mahu ke sekolah… rupa-rupanya ada ‘raksasa’ di sana,” kata bapa mangsa, 33 tahun. (BH SINGAPORE)
Senin, 10 Februari 2014
Video Ganas Pelajar Indon – Bertudung Tapi Minum Arak Dan Merokok
Kalau tengok klip video ni, tak leh nak nafi muka sorang-sorang memang cantik.
Kalau tak tahu perangai sebenar, mesti ingat baik dan layak dibuat bini bila besar sikit.
Tapi kat belakang, perangai cam babi rupanya.
Merokok itu satu hal la…tapi bila minum arak tu dah lain macam.
Arak murah apa la diaorang minum tu kan.
Apa pun…tinggal kat muka ajelah cantik…yang lain semua gagal…sebijik cam jalang sorang-sorang.
Namun nak kat apa…bukan hanya di Indonesia…perangai bebudak macam ni berlaku di serata tempat, termasuk Malaysia.
Sumber - MyNewHub
Jumat, 31 Januari 2014
Gara gara Video Porno Seorang Lelaki Ditikam di Perpustakaan
hibbenknives
TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki tunawisma dilaporkan menikam lelaki lain di sebuah perpustakaan di New York City, New York, Amerika Syarikat(AS) kerana melihat video porno. Demikian diberitakan Fox News, Rabu (16/5/2012).
Si penyerang berusia 56 tahun itu bersama dengan isterinya di tingkat dua perpustakaan rooklyn Heights Branch of the Brooklyn Public Library ketika ia melihat adegan porno di sebuah komputer yang dioperasikan seorang lelaki berusia 52 tahun, Selasa malam.
"Dia bersama isterinya dan ia menuduh lelaki lain menonton video porno," demikian kata seorang polis setempat.
"Lelaki yang menonton video porno mengambil kerusi dan melempari si penyerang. Lelaki yang dilempari kerusi mengatakan saya mempunyai pisau dan kemudian menikamnya di bahagian dada," katanya, lagi.
Si Mangsa, yang masih sedar selepas ditikam, kemudian dibawa ke RS Bellevue Hospital dan diperkirakan akan sedar.
Kamis, 26 Desember 2013
VIDEO Pendebat Pendakwah Terkenal Dr Zakir Naik Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa

Pendakwah terkenal dunia, Dr Zakir Abdul Karim Naik dari India dianugerahkan oleh kerajaan Malaysia Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa bagi tahun 1435 Hijrah.
Siapakah Dr. Zakir?
Berlatar belakangkan bidang kedoktoran, Dr. Zakir Abdul Karim Naik merupakan seorang pakar dalam bidang perbandingan agama diperingkat antarabangsa. Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.
Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara sepontan.
Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah ditempat asal beliau sendiri; India.
Dr. Zakir Naik mendapat pendidikan awal di St. Peter’s High School (I.C.S.E), Mumbai sebelum ke Kishinchand Chellaram College, Mumbai dan Topiwala National Medical College, Nair Hospital, Mumbai. Akhirnya, beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang perubatan, M.B.B.S (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) di University of Mumbai, India.
Beliau aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama, dan antara yang paling berjaya adalah dialog bersama-sama Dr.William Campbell (Amerika Syarikat) pada 1 April 2000. Beliau digelar oleh seorang individu yang tidak asing lagi dalam dunia perbandingan agama; Sheikh Ahmad Deedat, sebagai ‘Deedat Plus’ pada tahun 1994.
Beliau juga menerima sebuah plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada Ahmad Deedat yang terpahat padanya : “Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah.” Ia bermaksud, “Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai apa yang saya dapat capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”
Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dibeberapa stesen televisyen dan radio di pelbagai negara, dan kini ratusan daripada video rakaman ceramah beliau boleh didapati dalam bentuk pita video dan cakera padat (CD)
Beliau kini telah meninggalkan karier beliau sebagai seorang doktor perubatan untuk menumpuhkan seluruh masa dan tenaga beliau untuk aktiviti dakwah islamiyah. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Presiden Islamic Research Foundation (I.R.F), Pengerusi I.R.F. Educational Trust, dan Presiden Islamic Dimensions, Mumbai.
Antara buku-buku yang telah dikarang oleh Dr. Zakir Naik termasuklah Replies To The Most Common Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science – Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam And Terrorism, Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It Be Read With Understanding?, Is The Qur’an God’s Word? Dan banyak lagi.
Langganan:
Postingan (Atom)