Tampilkan postingan dengan label naik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label naik. Tampilkan semua postingan

Kamis, 27 Februari 2014

Harga Rumah Dijangka Naik 10 Peratus


PETALING JAYA – Rakyat yang sedang mencari rumah sendiri pada masa sekarang akan perlu membayar sekurang-kurang 10 peratus lebih tinggi untuk memiliki rumah idaman mereka, menurut pemaju.

Mereka berkata kenaikan itu didorong oleh kenaikan 20 sen bagi harga minyak petrol RON95 dan diesel serta ketidakhadiran pekerja asing di tapak pembinaan disebabkan oleh operasi bersepadu 6P mengesan pekerja asing tanpa izin di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hartanah dan Pemaju Malaysia, Datuk Seri Yam Kong Choy berkata kegagalan pekerja asing kembali bekerja menyebabkan kelewatan projek sekaligus menyebabkan pertambahan sudah pasti akan dipindahkan oleh pemaju kepada pengguna.

Beliau menambah: “Serbuan di tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang mempunyai pas kerja yang sah dan mereka juga mungkin tidak hadir untuk bekerja.”

“Perkara ysng serupa juga berlaku dalam serbuan yang lepas, pekerja yang sah juga secara sengaja tidak dapat kerja atau melewatkan kepulangan mereka daripada negara asal hinggalah serbuan selesai dijalankan.

“Disebabkan kekurangan tenaga kerja, pihak pemaju terpaksa membayar lebih kepada buruh untuk memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan, kerana kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka didenda.”

Pihak pemaju terikat dengan Perjanjian Jual Beli dan mereka perlu membayar pampasan kepada pembeli sekiranya projek lambat disiapkan daripada tarikh yang ditetapkan.

Yam berkata kontrak dalam sektor swasta juga dikurniakan dengan tiada peruntukan untuk pelarasan harga.

Sambil mengakui keperluan untuk mengusir pendatang haram di negara ini, beliau berkata sebarang pengurangan tenaga kerja akan memberi kesan kepada pihak pemaju.

Dengan kenaikan harga bahan api, Yam berkata ia menjejaskan rantaian bekalan industri pembinaan, kerana ia melibatkan lebih daripada 100 jenis perniagaan.

Persatuan Pemborong Binaan Malaysia Matthew Tee berkata ahlinya sering mengadu mengenai pekerja asing yang sah dan dokumen mereka sedang diproses, tidak hadir ke tempat kerja kerana takut mereka juga akan ditahan.

“Kami faham semua pekerja asing hanya akan ditahan sekiranya mereka tidak mempunyai dokumen atau pas kerja yang sah,” katanya.

“Ia agak sukar kerana dokumen mereka mungkin disimpan oleh majikan or masih belum siap di pejabat imigresen sementara menunggu pelekat visa daripada pihak berkuasa.

Beliau menambah ada beberapa kes sebelum ini pekerja asing yang sah ditahan sehingga 14 hari.

Tee berharap kes seperti itu tidak berlaku pada kali ini dan beliau meberi amaran sekiranya ia berulang situasi yang sama pada 2002 akan berlaku apabila industri pembinaan terhenti disebabkan oleh kekurangan pekerja asing. Di George Town, Persatuan Pemborong Binaan Malaysia Pulau Pinangh berkata beliau menjangkakan kos pembinaan akan meningkat daripada 3 hingga 5 peratus.

Presidennya, Datuk Lim Kai Seng berkata kos pengangkutan juga dijangka meningkat 10 hingga 20 peratus dan harga simen serta pasir pula akan naik antara 5 hingga 10 peratus.

Beliau berkata harga simen pada ketika ini ialah RM17.50 setiap 50 kilogram sementara pasir dijual pada harga RM70 setiap meter padu. – mStar Online
Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

VIDEO Pendebat Pendakwah Terkenal Dr Zakir Naik Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa


Pendakwah terkenal dunia, Dr Zakir Abdul Karim Naik dari India dianugerahkan oleh kerajaan Malaysia Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa bagi tahun 1435 Hijrah.
Siapakah Dr. Zakir?

Berlatar belakangkan bidang kedoktoran, Dr. Zakir Abdul Karim Naik merupakan seorang pakar dalam bidang perbandingan agama diperingkat antarabangsa. Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.

Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara sepontan.

Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah ditempat asal beliau sendiri; India.

Dr. Zakir Naik mendapat pendidikan awal di St. Peter’s High School (I.C.S.E), Mumbai sebelum ke Kishinchand Chellaram College, Mumbai dan Topiwala National Medical College, Nair Hospital, Mumbai. Akhirnya, beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang perubatan, M.B.B.S (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) di University of Mumbai, India.

Beliau aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama, dan antara yang paling berjaya adalah dialog bersama-sama Dr.William Campbell (Amerika Syarikat) pada 1 April 2000. Beliau digelar oleh seorang individu yang tidak asing lagi dalam dunia perbandingan agama; Sheikh Ahmad Deedat, sebagai ‘Deedat Plus’ pada tahun 1994.

Beliau juga menerima sebuah plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada Ahmad Deedat yang terpahat padanya : “Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah.” Ia bermaksud, “Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai apa yang saya dapat capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”

Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dibeberapa stesen televisyen dan radio di pelbagai negara, dan kini ratusan daripada video rakaman ceramah beliau boleh didapati dalam bentuk pita video dan cakera padat (CD)

Beliau kini telah meninggalkan karier beliau sebagai seorang doktor perubatan untuk menumpuhkan seluruh masa dan tenaga beliau untuk aktiviti dakwah islamiyah. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Presiden Islamic Research Foundation (I.R.F), Pengerusi I.R.F. Educational Trust, dan Presiden Islamic Dimensions, Mumbai.

Antara buku-buku yang telah dikarang oleh Dr. Zakir Naik termasuklah Replies To The Most Common Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science – Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam And Terrorism, Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It Be Read With Understanding?, Is The Qur’an God’s Word? Dan banyak lagi.
Read More..