Tampilkan postingan dengan label siti. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label siti. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Februari 2014

Siti Nordiana Bakal Menamatkan Zaman Janda


Siti Nordiana atau Nana memberitahu hanya akan menamatkan zaman jandanya apabila bertemu dengan lelaki yang boleh menerima kehadiran anak lelaki tunggalnya iaitu Mohammad Ryyan Nakhaie, empat tahun.

Kini Nana mengakui dirinya sedang berkawan dengan seorang lelaki namun memberitahu hubungan mereka masih dalam peringkat awal.

Nana mahu mengenali hati budi lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Nana mengakui yang dia sudah lama mengenalinya dan dia juga sedang berusaha memikat hati Ryyan.

"Secara dasarnya saya sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan ciri-ciri yang saya cari adalah lelaki tersebut kena menerima anak saya dan bukan semata-mata diri saya sahaja.

"Dia sebaya dengan Nana (28) dan belum pernah ada pengalaman dengan kanak-kanak jadi dia kini sedang membiasakan diri dengan situasi baru dan setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Jika ada jodoh Nana terima dengan seadanya," ujar Nana -sumber mStar.

Read More..

Rabu, 05 Februari 2014

TAHNIAH Siti Sarah Kini Hamil Anak Kedua


Siapa tidak kenal dengan penyanyi yang suatu ketika dahulu terkenal menerusi lagu ‘Kesetiaan’ dan ‘Saat Hilang Cintamu’ iaitu Siti Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah binti Raisuddin.

Secara umumnya Sarah merupakan isteri kepada pelawak terkenal Shuib dan pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu.

Untuk makluman, pada September tahun lalu Sarah dilaporkan telah hamil anak kedua dan kandungannya kini telah mencecah usia 6 bulan.


Baru-baru ini menerusi laman Instagram Shuib sendiri, pelawak tersebut telah berkongsi beberapa foto terbaru isterinya dan nampaknya Sarah masih lagi kuat dan gagah untuk melayan kerenah anak sulung mereka meskipun kandungannya telah semakin sarat.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak 26 Februari 2011 yang lalu dan tinjauan perkongsian selama dua tahun mereka telah dikurniakan seorang putera sulung iaitu Uwais Alqarni.

sumber

Read More..