Rabu, 25 Desember 2013

Kerajaan Pakistan Tahan Semula Musharraf


ISLAMABAD – Polis Pakistan berkata, mereka menahan semula selepas bekas ketua angkatan tentera, Pervez Musharraf atas dakwaan terbabit dalam serbuan di Masjid Merah pada 2007 di sini, sehari selepas mahkamah membenarkan dia diikatjamin dalam kes berlainan.

“Kami sudah meletakkan Jeneral Musharraf sebagai tahanan rumah dalam kes membabitkan operasi tentera di sebuah masjid di Islamabad,” kata pegawai kanan polis, Muhammad Rizwan. – AFP
Read More..

Al Hin Makhluk Sebelum Nabi Adam A S 3 Gambar

"Al-Hin", Makhluk Sebelum Nabi Adam A.S (3 Gambar)




Jom baca kisah seorang pengamal perubatan Islam yang merawat seorang pesakit yang telah dirasuk oleh satu makhluk yang dinamakan Al-Hin..
Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.
Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.
Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..
Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..
Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..
Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...
Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..
Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...
Pesakit: Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?
Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.
Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?
Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?
Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..
Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..
Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.
Saya: Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?
Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam....
Saya: Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?
Pesakit: Agama Monoteisme
Saya: Agama apa tu..?
Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?
*Terkena jugak RIDAM..
Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang....
*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...
Pesakit: Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari
*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..
Saya: Poppy..? Makhluk apa tu..?
Pesakit: Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..
Saya: Ceritakan...aku nak tahu..
Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..
Kemudian dia menangis teresak-esak..
Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami....
Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..
Saya: Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?
Seraya itu dia mengangguk..
Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa....
Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?
Dia terdiam sejenak..
Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu...
Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?
Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah...
Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?
Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la..
Saya: Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?
Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu..
Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?
Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia...
Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..
Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..
Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?
Pesakit: Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?
Saya: Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah...
Pesakit: ku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran...
Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56
Maksudnya:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah..
*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..
Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?
Pesakit: Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi...
Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?
Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat..
Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la..
Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?
Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?
Pesakit: Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?
Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?
Pesakit: Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?
Saya: Aah...kenapa?
Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi...
Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu..
Pesakit: Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat...
Saya: Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?
Pesakit: Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun..
Saya: Mak aiiii...lama nya kau hidup..
Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku..
Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?
Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?
Saya: Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu...
Pesakit: Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?
Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman..
Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..
Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..
---------
3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..
----------
Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..
Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi....
Sekian..
Jawapan Ustaz Azhar idrus
p/s : ...Fakul innamal ghaibulillah. Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20) 
Sumber
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Bayi 6 Bulan Mangsa Dera Meninggal Dunia


KLANG – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang dipercayai menjadi mangsa dera ketika berada di rumah pengasuhnya di Jalan Teluk Gadung Kecil di sini, meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop memberitahu Bernama Nur Sofea Insyirah Mohd Sharil meninggal dunia kira-kira pukul 2.25 petang ini di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini.

Mangsa dimasukkan ke hospital itu sejak Selasa selepas dipindahkan dari Hospital Pantai Klang.

Bapa mangsa, Mohd Sharil Ahamad, 28, memasukkan anaknya ke Hospital Pantai Klang pada malam Isnin selepas bayi itu tidak sedarkan diri.

Mohd Sharil kemudian membuat laporan polis pada Selasa pagi apabila dimaklumkan anaknya mengalami keretakan di tengkorak kiri, pendarahan otak dan lebam pada dahi serta kedua-dua lututnya.

Bayi itu dihantar ke rumah pengasuh itu sejak berumur dua bulan dan pernah mengalami kecederaan di dahi sebelah kiri akibat bergesel dengan karpet ketika cuba meniarap selain kesan lebam di dahi akibat terkena botol susu.

Polis sebelum ini mengambil kenyataan daripada Mohd Shahril dan pengasuh bayi itu. – BERNAMA
Read More..

Facebook dalam proses tukar status

SAN FRANCISCO 2 Mei - Perkembangan laman jaringan sosial Facebook daripada rumah kelab dalam talian kepada kuasa ekonomi Internet telah meningkatkan kebimbangan yang ia kini dalam proses untuk menukarkan status daripada bersifat hak peribadi kepada keuntungan.

Langkah syarikat California itu menyediakan kemudahan perisian binaan dalam yang membolehkan komuniti melalui dalam talian mengikuti mereka dalam sebarang laman web telah mencetuskan kemarahan pengguna laman peribadi itu.

Apabila pengguna Facebook mengunjungi laman web dengan graf terbuka binaan dalam, tingkap di skrin akan menunjukkan aktiviti mana-mana rakan daripada laman sosial tersebut dan apa yang mereka katakan terhadap satu sama lain.

Meskipun pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg berkata, perubahan itu sebagai sebahagian daripada anjakan yang tidak dapat dielakkan bagi menjadikan ia lebih peribadi selain memberikan pengalaman berbeza, namun sesetengah pihak melihatnya sebagai sesuatu yang menyeramkan.

"Laman web itu sedang mengalami satu perubahan penting ketika ini," menurut Zuckerberg semasa mengumumkan platform pengubahsuaian pada persidangan pemaju f8 di San Francisco pada 21 April lalu.

Pengguna peribadi mendakwa bahawa Facebook sedang mengkhianati ahli-ahlinya menerusi perkhidmatan itu yang digunakan sebagai satu cara untuk berkongsi kehidupan peribadi mereka bersama rakan-rakan yang lain.

"Ini merupakan satu peralihan daripada perkongsian hak peribadi kepada Facebook, sekali gus menjadikan kategori maklumat sangat mudah untuk membina jaringan perniagaan," kata peguam Kurt Opsahl daripada kumpulan pertahanan hak Internet, Electronic Frontier Foundation.

"Ia seolah-olah menunjukkan seperti mereka mengunjungi mana-mana laman web dan berkata Kami memiliki banyak maklumat peribadi pengguna, bagaimana dengan kamu pula?" katanya.

Laman jaringan sosial Internet itu yang meraih peningkatan jumlah pengguna kepada 400 juta orang di seluruh dunia memulakan operasinya pada 2004 sebagai satu kaedah untuk golongan pelajar berinteraksi antara satu sama lain. - AFP

Share

Follow fadah5 on Twitter
Read More..

Senin, 23 Desember 2013

Zack Kumpulan New Boyz Berdepan Hukuman Mati


Mesti kalau orang sebut pasal New Boyz akan teringat akan Tomok bukan tetapi kali ini pemain bass Zack Kumpulan New Boyz bakal berdepan dengan hukuman mati atas tuduhan mengedar ganja.
SHAH ALAM : Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.
Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.
Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.
Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.
Read More..

Novel Laskar Pelangi Pemenang Pertama di New York Book Festival 2013

Andrea Hirata
Andrea Hirata, Sang Novelis yang merevolusi di tana air I foto kompas.com
Andrea Hirata Seman Said Harun, itulah nama asli dari sosok penulis buku Laskar Pelangi yang the best seller di tanah air, sang novelis  sastra Indonesia yang kelahiran dari Pulau Belitung, provinsi Bangka Belitung, Indonesia.

Sang novelis sastra fiksi baru saja mendapat penghargaan paling bergengsi di negeri Paman Sam (Amerika Serikat) sebagai pemenang pertama atas karya sastra untuk kategori general fiction pada festival buku New York Book Festival 2013.

Dilansir dari kompas.com, Novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata yang dalam edisi Amerika Serikat berjudul The Rainbow Troops itu menjadi pemenang pertama untuk kategori general fiction pada festival buku yang sangat bergengsi, yaitu New York Book Festival 2013.

Karya Andrea itu, antara lain, mengungguli penulis AS Samuel Finlay dengan karya berjudul Breakfast with The Dirt Cult di tempat kedua, serta 20 penulis yang mendapat penghargaan dalam kategori general fiction ini.

Andrea sendiri kini berada di Italia untuk menghadiri peluncuran novel Laskar Pelangi edisi Italia yang berjudul La Scuola Ai Confini Del Mondo yang diterbitkan Rizzoli. ”Alhamdulillah bulan ini Laskar Pelangi edisi Italia, Jerman, Portugal, dan Jepang telah terbit dan tersedia di toko-toko buku negara tersebut,” ujar Andrea, yang juga diundang menghadiri Frankfurt Book Fair 2013.

Menurut rencana, bulan depan Laskar Pelangi edisi Perancis dan Bulgaria akan diterbitkan oleh penerbit Mercure de France dan penerbit Hermes.

”Mimpi lamaku agar novelku dapat diterbitkan oleh penerbit-penerbit ternama kelas dunia, seperti Hanser Berlin, Rizzoli, dan Mercure de France, akhirnya tercapai. Rasanya senang melihat novelku dipajang di toko-toko buku di Eropa. Kuharap penulis-penulis muda Indonesia terinspirasi dan tertantang untuk meraih pembaca di seluruh dunia,” kata Andrea. Amazing.
Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

Suruhanjaya Integriti siasat kematian dalam tahanan

Harakahdaily 

Salmiyah Harun, 05 Jun 2013
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Malaysia akan menubuhkan satu Task Force bagi menyiasat kematian yang semakin menjadi-jadi dalam tahanan pihak berkuasa.

Setiausaha yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Afizah Hanum Mokhtar (gambar) dalam sidang medianya berkata, ini adalah antara tindakan awal suruhanjaya ini sejak ia ditubuhkan.

Sehingga minggu ini, sudah sembilan mati dalam tahanan atau penyeliaan pihak polis.

Polis adalah salah satu dari 19 agensi penguatkuasaan yang dipantau oleh EAIC.

"Kita akan menubuhkan task force yang dianggotai oleh 5 - 8 anggota untuk menyiasat kes ini," kata Nur Afizah dalam sidang media di pejabatnya dekat Presint 2 hari ini.

Suruhanjaya Integriti adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], berkuat kuasa mulai 1 April 2011.

Antara fungsi Suruhanjaya ini adalah untuk menerima aduan terhadap salah laku pegawai penguat kuasa atau Agensi Penguatkuasaan Persekutuan serta mengurus dan menjalankan siasatan terhadap aduan sedemikian.

Manakala tujuan Suruhanjaya ini ditubuhkan adalah untuk membanteras salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa, mempertingkatkan dan membudayakan integriti di kalangan Agensi Penguatkuasaan Persekutuan, memupuk dan memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa dan Agensi Penguatkuasaan Persekutuan.

Agensi Penguatkuasaan yang diselia suruhanjaya ini adalah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Agensi Penguatkuasaan Meritim Malaysia, Rela, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perhubungan Perusahaan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Kesihatan, Pelancongan Malaysia dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Read More..